Selasa, 23 Februari 2016

JADILAH LELAKI

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya bersih dengan taqwa ,
Yang senatiasa haus dengan ilmu,
Yang solatnya adalah harga dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak sombong dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak sombong dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai teman dan tidak mempunyai musuh.
.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang senatiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mengikut perintah Allah SWT,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
.
Jadilah seorang lelaki,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan sunnah & al-Quran
Yang bisa diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membuang waktu
Matanya lelah kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana lama berzikir,
Tidurnya pulas dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan.
.
Jadilah seorang lelaki,
Yang senantiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga Allah.
Syurga yg dijanjikannya
bagi orang-orang yang ikhlas beribadah
karena Allah semata..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar